Meniru? Semua orang pernah.

Kan, kan? Betul tak. Siapa yang tak pernah meniru tu, one word untuk dia. HEBAT.

Semalam masa lepak dengan Kak Anise, Hannah semua kitorang cerita pasal meniru. Ha, macam macam gaya ada. Ada yang sorok nota bawah meja, ala tu dah biasa dah, ada yang tulis nota dekat tangan, ada yang bawak handphone dan tanya siapa siapa back-up dekat rumah dan macam-macam lagi.

Ni la yang nak bukak cerita ni.

Peniruan pertama yang pernah aku lakukan ialah masa darjah 3. Diulang, darjah 3! Muda tak muda lah kan, dah pandai meniru. Ni kalau mak aku tau ni gerenti kecewa. Haha :D Time tu periksa maths (patutlah aku tak terer maths sampai sekarang), aku dengan kawan aku bawak kalkulator. Advance tak. Haha, tapi kalkulator bukan yang saintifik, tapi yang orang buat kira-kira dekat kedai tu. Kalkulator yang besar tu, tapi kitorang punya kecik. Siap boleh main pass-pass lagi. Tapi, markah... hampeh macam tu jugak.

Banyak kali sebenarnya aku meniru. Time form 1 siap tukar-tukar kertas lagi, dengan siapa aku tak ingat la. Tapi Alhamdulillah, tahun ni tak pernah meniru lagi. Setakat tanya-tanya tu normallah. Eh, orang bertanya bukan sebab meniru, tapi sebab curious. Haha. Satu je pesan, untuk elakkan orang meniru korang ataupun korang meniru orang, belajar la. Kalau taknak ditiru, buat-buat pekak je kalau kawan panggil.

Aku sebenarnya tak suka tengok orang meniru. Kalau aku meniru takpe, orang meniru takleh! Hahaha. Okay, tu je nak cakap. Sempena exam ni kan. Dah la, byebye!

Talk shit, get hit.

Hullo peeps.

I bet all the form 4 students are busy studying sejarah right now and some of them maybe panic, just like me. Though I already read the whole chapters but still I am scared. It’s because I don’t know what type of questions, as this is my first ‘full history exam.’ Anyways, wish me luck ok people. I really hope I can get better marks for this midterm.

History mode, transform~

Rewards

Dulu kan, masa kecik, kalau dapat keputusan bagus dalam peperiksaan je mesti dapat hadiah, betul tak? Aku ingat lagi, paling best aku pernah dapat patung barbie. Ala, time tu darjah berapa. Dapat barbie pun dah kira happy. Tak macam budak-budak sekarang, darjah 3 dapat nombor 1, mintak handphone -.-‘

Baru baru ni, masa ujian Mac, aku dapat nombor 3, aku mintak dekat mak... oh tak mintak pape pun. Haha. Sekarang ni, peperiksaan pertengahan tahun, aku nak la jugak something kan, hehe. So ni perbualan aku dengan mak and abah semalam masa dekat thaqwa.

Aku: Abah, kalau periksa ni dapat top 10, nak keyboard, boleh?

Mak: Kalau mak jadi kau, baik mak mintak laptop. Harga dia lebih kurang je.

Abah: (angguk)

Aku: Yeke, keyboard murah lagi la. Ok, kalau macam tu nak laptop!

Mak: Tunggu SPM. Tengok macam kakak Anise tu, masuk je U terus bapak dia belikan laptop. Kau, kalau kau masuk U, mak bukan setakat beli laptop je, mak belikan smart phone, ha apa lagi...

Abah: ... public phone.

Mak: ... ha, public phone. Kau cakap je apa, semua mak beli.

Aku pun dah senyum sensorang dah bayangkan semua tu. Ish, best best. Tapi nak ni jugak as hadiah periksa pertengahan tahun. Hahaha, ni ha!

Tak pun....

Amboi, tinggi cita-cita ye. Belajar liat!

Tau tak?

Tau tak yang saya nak balik ke 2007,

Sebab saya nak lepak lagi dengan Erina, Adlina, Syepa, Ayin, Hannah jangan cerita la, haha dan semua semua geng darjah 6. Rindu sangat-sangat. Walaupun selalu buat jahat and kena sound dengan cikgu, saya tetap rindu. Rindu suasana time PJ dekat padang, rindu time perhimpunan, time belajar, time UPSR, lepas UPSR. Ya Allah, rindunya.

Tau tak yang saya jugak nak balik pada 2008,

Masa first time masuk sekolah menengah, saya nak balik rasa keterujaan masuk sekolah menengah, ada crush dengan budak form 2 time tu, dan lepak dengan kawan kawan macam Haziq, Akmal, Arif, Nana, Diba, Mira, Shira. Lagi-lagi time satu kelas dengan Nisa, Atul, Nad, Tando, Nabila. Tapi time tu kita tak rapat sangat kan. Belajar dengan cikgu Azmaton, dan cikgu-cikgu lain. Ya Allah, rindunya.

Tau tak yang saya nak balik ke 2009,

Masa satu kelas dengan Nisa, Tando, Atul, satu kelas belajar dengan cikgu Shahrul, yang selalu kena kecam dengan kitorang, haha. Masa sama-sama fail time periksa, masa gaduh dengan budak india dekat belakang kelas, betapa racistnya aku dulu, waktu rehat sama-sama dengan Mira, Diba, Shira, masa dah berkawan dengan Sarah. Yang paling saya ingat sampai sekarang ialah masa jamuan kelas, betapa havocnya budak-budak form 2 dulu. Ya Allah, rindunya.

Tau tak yang saya nak balik ke 2010,

Masa satu kelas dengan Nisa, Tando, Atul, Iman, Nabila, Icap, Azirah, dan lain-lain. Masa lepak sama-sama belakang kelas sambil tangkap-tangkap gambar. Lepak dengan Aisyah Shahrom, Sarah, Noni, Jima dekat kelas 3B, masa PJ sama-sama dengan kelas 3B. Dan masa belajar dengan cikgu-cikgu. Lepas tu masa jamuan kelas, masa mengumpat, masa gelak ketawa dengan classmates. Paling rindu lepas PMR, time senamrobik, lawatan ke Klcc, masa ada Aishah Diba dekat Semerbak, masa bercintan-cintun, haha. Ya Allah, rindunya.

Kalau boleh, saya nak ulang balik masa. Manfaatkan masa yang ada pada tahun-tahun dekat atas ni, sebab saya tak pernah tahu atau sangka yang saya akan merindui tahun 2007-2010. Kalau saya tau, mesti saya akan manfaatkan semua ni. Saya nak belajar balik betul-betul masa PMR, sebab sekarang saya menyesal tak belajar time PMR. Saya punya rindu tak boleh terkata, cuma dengan menulis dalam blog je boleh gambarkan.

Saya rindu nak satu kelas dengan Nisa, Tando, Atul, Iman, Azirah. Saya rindu nak rehat dengan Diba, Nana. Saya rindu nak pergi Klcc dengan geng senamrobik dan macam-macam lagi :)

Be curious, not judgmental.

Hello people. Assalammualaikum.

As you can see, I am now having a new section in my blog, which is called “Facts of the Week.” I will put it on my sidebar, so you can click whenever you need to know new facts. And yeah, the facts only will be update every Fridays. No other day.

Today I had PAI exam, paper 1 was troublesome. Paper 2 wasn’t that bad, hehe. Tomorrow is weekend holiday. Yeay! Fun! Fun! Fun! But after that I have another 4 paper, which is history, science, arts, accounts and perdagangan. Wish me luck, xo!

Facts of the week (Part 2)

-The world’s youngest parents were 8 and 9 and lived in China in 1910.

-53% of women will not leave the house without make-up on.

-About 33% of the population cannot snap their fingers (that includes me, wow)

-Beetles taste like apple, wasps like pine nuts, and worms like fried bacon.

-You’re born with 300 bones, but by the time you become an adult, you only have 206.

-A giraffe’s tongue is 21 inches.

Hello gorgeous.

EH! Hahahahahahaha :D

Get rid of all the hesitations.

Wasssuuuppppp (Annoying orange tone)!

Maaf sebab tak banyak post or benda yang nak diceritakan semenjak dua menjak ni. Maklumlah, banyak sangat benda nak kena fikir selain daripada mengupdate blog. Ye la, exam lagi, kawan kawan lagi, masa lepak lagi, ehem lagi... eh, apa tu. Haha okay okay berhenti mengarut, tolong.

Hari ni, paper English. Paper 1, section B, susah. Essay, melalut. Siapa baca confirm nak muntah. Haha, eh mana boleh. Cita-cita aku tu. Mana tahu one day, cerita yang aku ceritakan dalam essay tu jadi kenyataan? Ha, hm paper 2 pulak, fuh berpeluh-peluh nak menjawabnya. Eh, bukan berpeluh sebab susah, tapi sebab takde current. Haha, best kan. Waktu terdesak jugaklah dia nak takde current. Siot. Paper 2 boleh tahan la, tak susah tak senang.

Esok. Mathematics. Malam ni kena beli tiket pergi luar negara. Aku tak nak jawab math weh, tolong tolong. Harap-harap malam ni demam, haha. Ha, tadi time exam, macam biasa la perkara wajib, tertidur tau. Lepas tu termimpi, haha. Dalam mimpi tu dapat 9! 9 apa? 9A! Hahaha, mentang-mentang la tengah exam, saja je. Bangun tidur rasa macam nak nangis sebab semua tu mimpi semata-mata. Takpe, semoga aku dapat mencapai result yang sebegitu rupa, one day. InshaAllah :)

Oh gambar tu, bajet je. Sebab dia comel, haha. Comel kan? (Cakap comel sekarang) Haha. Bye x

I am not alone.

Hey guys, first of all I want to wish Happy Teacher’s Day to my teachers. Thank you for teaching me and making me who I am today. Lots of love, your student.

Yesterday performances were awesome! I don’t know it was just great. Congrats guys for giving me goosebumps. Stayed late at school until 5 o’clock, and then went home. I learned to play keyboard with Miss Fairuz yesterday, she’s great. We learned how to play I’m Yours by Jason Mraz and guess what, I am a fast learner. Hahahaha.

Perkara yang paling menggembirakan setakat ini:

Tengok duit yang dikumpul makin hari, makin banyak :)

The truth is...

I hate having a crush on someone.

You think about them a lot. Melt at their appearance. Wishing they can be yours but you know that that’s out of the question because it seems like they’re completely out of your league. Feeling like a complete stalker because you’re not even sure that they know you exist. And being jealous at whoever they’re talking to, flirts with, or are interested in.

Facts of the week.

TOP 10 BIGGEST BRAIN DAMAGING HABITS.

1. No breakfast.

2. Overeating.

3. Smoking.

4. High sugar consumption.

5. Air pollution.

6. Sleep deprivation.

7. Head covered while sleeping.

8. Working your brain during illness.

9. Lack in stimulating thoughts.

10. Talking rarely.

Look at number 10, so what does that mean?

Next time, you must TALK A LOT YO PEEPS.

It's the hardest month.

Did you know that at this very time, I should be in my room, studying for examination! Tomorrow I have exams! Though I am glad that tomorrow the exam is only for one subject, but still I am extremely worried.

Exams, please be nice. I need to see my parents’ smiles again, I need to see their proud faces again, I need to hear their congratulations wishes again and many more. I need to make ‘em proud. So I am now in exams mode, don’t know if I can update many more entries for these upcoming three weeks, I am too busy. Waaaaay too busy!

Life is bored without them.

Today, with no specific intention, I am going to write about my siblings. Saya ada empat adik beradik, dan saya anak yang kedua. Got that?

First, ini abang saya. Dia boleh jadi annoying seperti annoying orange (atau lebih annoying), atau sebaik-baik malaikat, atau sejahat-jahat manusia. Nama dia Zul Fairuz. Maybe tak penting, tapi dia 20 tahun dah. Whooaaaa tua doh kau! Nak tua gak T.T Perkara baik yang paling saya suka pasal dia, dia tak kedekut KECUALI (ha ambik kau bold, italic!) kalau kau mintak makanan dia, kalau tak sedap dia bagi, kalau sedap memang haraaam dia nak kasi.

Baru-baru ni dia bagi rm50 dekat saya, so macam sayang sikit la. Sikit je, okay! Macam biasa, dulu time kecik-kecik kitorang pantang nampak muka mesti nak gaduh. Paling teruk ialah dia pernah baling sikat dekat leher aku sampai bengkak. Ouch. Time tu aku darjah 2. Kejam tak? Tapi sekarang dah besar, kitorang jadi rapat sikit! Hahaha.

Oh hmm (nada sinis), ni pulak adik lelaki aku. Nama dia Zul Fareez and dia dah 9 tahun. Kau pun tua jugak. Oh dia ni suka pukul aku. Aku pun tak tau apa masalah dia. Hahaha baru tadi time aku mandi, dia tutup lampu bilik air dan kunci pintu. Aku menjerit macam orang gila sebab aku takut gelap. Kay, malu nak mampus dengan jiran sebelah. Sebenarnya sebab aku buat mcm tu dulu dekat dia hahah

Yang ni, yang kecik dan annoying bak Fred Figglehorn ni, nama dia Zulina Farha. Yang paling bongsu, 6 tahun. Aku dah cerita pasal dia dekat sini. Taulah korang kan macam mana mengada-ngada nya dia. Hahaha.

Ps: Pemikiran adik-adik aku sebenarnya dah diracuni oleh abang aku supaya memusuhi aku sejak diorang kecil lagi. Sebab tu diorang selalu gaduh dengan aku. So sebenarnya aku takde geng. Hahaha. Tapi papehal mesti carik aku kan? Annoying.

Papepun, aku sayang korang!!!!!

Time can heal a broken heart, but time can also break a waiting heart.

10 things.

10 things you ought to know about me!

1. I am a quiet person.

- Yes. I don’t like to talk in public. The only exception is when my best friends are there with me. But mostly I don’t talk too much. Trust me.

2. I can be a total freak.

- Yeah, it’s when I am in a good mood, and I am surrounded by my best friends.

3. I get annoyed easily.

- I bet this is a normal thing. I easily annoyed with people. I don’t like him, I don’t like her, there’s so many peeps I hate -_-

4. I am a hot tempered.

- I easily get mad. One minute I was happy, and after that my mood will change. I don’t know, it’s just… me.

5. I am a shoe lover.

- I love shoe. So much.

6. I don’t like cute things.

- Bukanlah cute macam mana kan, I mean like Domo, people start love them, and they say Domo is cute. But for me, it’s like, biasa je -.-‘

7. I always give up.

- It’s because I don’t want to fight.

8. I don’t know how to convince people.

- Seriously. When my friend gets mad at me, I don’t know how to persuade them. Usually I’ll just let them be mad and finally they give up.

9. I easily fall in love with actors.

- Like Alex Pettyfer, ugh don’t want to talk about this!!!

10. I love food more than people.

- I love I love I love it!!!

2009 will forever be missed.

It’s just, hard, yknow, to talk about past. Well, absolutely past had been a memory but really, I wish those memories will be present again. I really, really miss 2009 & 2010.

Aku ingat lagi, masa akhir tahun 2008, well semua orang pergi check result and kelas untuk sesi 2009 kan, macam biasa. Aku tak dapat gambarkan betapa gembiranya perasaan aku masa dapat tau yang aku, Nisa, Tando, dengan Atul sama kelas lagi tahun 2009. Kelas 2 Cendekiawan. Haha rindu.

Masa 2009 aku rasa, tahun paling banyak mengutuk cikgu. Serious, ramai ah antaranya cikgu kelas kitorang time tu, Cikgu Shahrul. Hari-hari ada je yang tak kena pasal dia. No wonder la periksa kitorang tak pernah dapat A untuk Science -.-‘ Lepastu, aku ingat lagi tahun tu, kitorang anti gila dengan Aiman Mahadi yang annoying. You know him, suka bahan orang apa semua. Aku ingat dia bahan aku masa aku pakai seluar KP, seluar tu macam besar sikit then dia bahan. Dia kata rapper la, apa la. Memang bengang, tapi bila ingat balik, kelakar.

And subjek yang paling dinanti-nantikan oleh kitorang of course la BM. Masa tu, Cikgu Azam yang ajar. Cikgu Azam memang kelakar giler le, tak kering gusi kalau duduk dalam kelas dia. Ha, korang ingat lagi tak masa kita semua kena buat lisan dalam bentuk sketsa tu? Hahah tak boleh blah gila. Aku best sebab kena puji. Tu pun sikit jer haha :p

And yang paling penting, yang paling best dalam tahun tu ialah masa jamuan kelas. Satu row blok D tingkat atas tu, memang happening gila la. Dari kelas 2A, sampai lah kelas 2E. Best gila, memang tak terkata. Siap ada karaoke lagi hahahahahaha. Then aku ingat lagi pasal orang yang gelakkan meja kelas kitorang yang takde makanan sebab makanan tak sampai lagi. Dia ingat kitorang miskin sangat kot. Sekali sampai makanan, hambik ko sampai tak muat kelas! Meleleh air liur dia, aku rasa la. Hahaha.

Dan yang paling penting. Rindu. Rindu, dan rindu. Edisi 2010, will update it later.

Tu je nak cakap. Nah, gambar masa jamuan kelas tahun 2009.

Nisa, Atul & Aku.

I spill kisses with love.

Hello sunshine!

Yeah, it’s a Mother’s day, since I don’t have enough money to buy a present for my mom like my brother did; I decided to wish her with my own mouth and through my facebook status. I really hope she likes it.

Um, I want to wish congratulations to my sister, Kak Anise as she was accepted to UPM Bintulu, Sarawak. Why so far? Sigh, we’re all going to miss you :’( Btw she’s not my real sister, she’s Hannah’s sister. But seriously, she’s just like my own sister :)

Yesterday, for the whole day I was at Mira’s place. She had a mini party and that was great. Dah lama tak lepak sesama, tapi Shira takde -.-‘ and yeah, I’ve got kicked out from Choral Speaking perform this Monday as I was absent yesterday, but that’s okay. I don’t really mind but I’m broken a little inside.

And this is my presents for my mother. Present I

Present II

*click for enlargement. xx

Yeay, it's Mom's day!

Hi, this is my mom and my bff. Today I am going to write a special entry as today is a Mother’s Day.

Everyone knows my mother, I mean my best friends. Mak is a supportive person I’ve ever known. She’s always there for me, always gave good advices to me, and always taught me good things. And her taught makes me who I am today.

Mak, even though I always disobeying you, always cheating on you, always make you mad, I still love you. And I am sorry for always being lazy, didn’t take good care of my lil’ brother and sister like you asked me to, and many more. People make mistake, so do I.

I love you, may Allah bless you and your family!

100% Falling

Apa kena mengena dengan gambar? No big deal, it’s just I missed it.

Hari ni sekolah tak berapa nak best sangat la. Macam biasa je semua benda. Alhamdulillah, takde apa masalah hari ni. I still worried about my exam but still haven’t made any move yet. What to do? I am still in my lazy mode, can’t be helped.

And I realized I made something silly, retard and totally stupid in front of him. I embarrassed myself -.- Nak buat macam mana, sifat semula jadi kan. & status saya untuk hari ni telah menjadi satu isu yang tak berapa nak besar sangat. Ada la beberapa orang yang telah mengantoikan saya dan saya agak malu tetapi jangan risau, comment anda telah diremove haha.

Saya tak tau apa yang saya rasa sekarang. Perasaan saya bermacam-macam. I am still puzzled about telling him the truth, yknow, about what I feel about him. But I don’t sure if it is the right thing to do. Yes, you may notice that lately I often posted about my crush and maybe some of you are irritated with it, I am sorry, this is the only way to express my feelings. Please understand :)

Invader

I always thought that you don’t even know I exist. Please, please and please don’t torture me over and over again. Seriously, I’m head over heels for you. I think about you day and night. Though sometimes I keep in mind that I must forget you, but I seldom followed it. You’re just… too hard to resist aren’t you? Why you have to invade my mind. If only you knew. Urgh I’m going mad for a boy. Can’t believe it.

Little Midget

Korang ada adik perempuan?

Um aku ada satu. Nama dia _____. Takleh cakap nama dia dekat sini sebab dia ada dekat sebelah ni. Nanti mesti dia macam: “Eh, tu nama aku! Kau buat apa nak nama aku?” ataupun, “Kenapa ada nama aku? Sibuk ah kau ni!” dan blah blah blah.

Orang selalu cakap, kalau nak dibandingkan dia dengan aku, aku jauh lebih pendiam daripada dia. Walaupun umur dia baru 6 tahun, tapi sebenarnya gaya dan tatabahasa dia lebih sama seperti orang berusia 50 tahun. Takpun 52 tahun. Lebih kurang lah. Dia sekolah dekat Tadika Agama Ar Rasyidin. Tapi sebenarnya sekolah tu dah macam sekolah bapak dia. Sesuka hati dia je, nak pergi ke tak nak. Setiap kali aku balik dari sekolah, abah mesti report yang dia tak pergi sekolah harini. Aku kan macam ‘garang’ konon-konon, bila aku tengok dia dan tanya, kenapa kau tak pergi sekolah? Mula la tersengih tengok aku balik sambil cakap “Aku malas la....” -.-

Dan seperti kebiasaannya, adik perempuan mesti manja dan mengada-ngada. Adik aku pun sama kadang-kadang. Walaupun kadang-kadang abang dia yang darjah 3 tu lebih manja daripada dia, still... dia pegang title ‘Budak Gedik’ yang dianugerahkan kepada dia dari aku dan abang aku sejak umur dia 2 tahun lagi.

Dan disebabkan dia anak yang bongsu, semua benda mesti dia yang last kan. Nama ikut adik-beradik pun dia yang last dan semuanya last. Itu pun dia selalu pertikaikan. “Kenapa farha yang last?!” Eh, alamak. Dah terbocor nama dia, haha.

Dan dia ni ada rutin yang pasti dilakukan tiap petang, iaitu: Tunggu pakcik aiskrim wall’s dan menikmatinya sambil menonton katun. Kadang-kadang duit simpanan aku habis sebab nak puaskan hati dia. Kalau tak, dia mesti menangis tak henti dan bila mak balik, dia mesti report yang aku tak kasi beli aiskrim (dengan harapan mak akan marah aku tapi sebenarnya dia yang kena marah balik).

Dia jugak merupakan kawan gaduh aku dekat rumah. Selain daripada abang aku yang annoying, ataupun adik lelaki aku yang suka melawan. Tapi dia kalau dah geng dengan abang aku, memang dah tak pandang dah aku ni. Ye la, abang aku ada duit. Boleh belikan dia aiskrim. Aku apa ada?

Akhir sekali yang aku paling tak boleh blah dengan dia, dia suka kentut takde bunyi ataupun lebih dikenali sebagai ‘silent killer’. Bila orang marah, jawapannya “Anginlah....” Banyak ah kau!

Ps: Zulina Farha, aku saja je nak cerita pasal kau. Takde apa yang special hehe.

I Heart Him

Hello everyone, it’s Labor Day and thank God we got school holiday :p

Yesterday my family and I went for a picnic at Pantai Remis. We went fishing, collecting sea shells and so on. We had fun, of course. But it was damn tiring. I fell asleep on the way home.

Yesterday while I was at Hannah’s, we accompanied kakak as she drove us around house and field with car. Yes, she already has her license now. Be brave, pretty! Chaiyok.

Starting this week, I must say it is a pretty hectic week. I still didn’t study for my exam yet. What is happening to me? I’m doomed :/

I need to cover all my 9 subjects, and the topics. Sigh. It’s already May isn’t it? Times fly so fast -.- since I already talked to you guys about this exam, I am not going to repeat it again. I have to read sejarah now, as tomorrow I have to do a presentation. Can I have like um, one month holiday from school!?