Meniru? Semua orang pernah.

Kan, kan? Betul tak. Siapa yang tak pernah meniru tu, one word untuk dia. HEBAT.

Semalam masa lepak dengan Kak Anise, Hannah semua kitorang cerita pasal meniru. Ha, macam macam gaya ada. Ada yang sorok nota bawah meja, ala tu dah biasa dah, ada yang tulis nota dekat tangan, ada yang bawak handphone dan tanya siapa siapa back-up dekat rumah dan macam-macam lagi.

Ni la yang nak bukak cerita ni.

Peniruan pertama yang pernah aku lakukan ialah masa darjah 3. Diulang, darjah 3! Muda tak muda lah kan, dah pandai meniru. Ni kalau mak aku tau ni gerenti kecewa. Haha :D Time tu periksa maths (patutlah aku tak terer maths sampai sekarang), aku dengan kawan aku bawak kalkulator. Advance tak. Haha, tapi kalkulator bukan yang saintifik, tapi yang orang buat kira-kira dekat kedai tu. Kalkulator yang besar tu, tapi kitorang punya kecik. Siap boleh main pass-pass lagi. Tapi, markah... hampeh macam tu jugak.

Banyak kali sebenarnya aku meniru. Time form 1 siap tukar-tukar kertas lagi, dengan siapa aku tak ingat la. Tapi Alhamdulillah, tahun ni tak pernah meniru lagi. Setakat tanya-tanya tu normallah. Eh, orang bertanya bukan sebab meniru, tapi sebab curious. Haha. Satu je pesan, untuk elakkan orang meniru korang ataupun korang meniru orang, belajar la. Kalau taknak ditiru, buat-buat pekak je kalau kawan panggil.

Aku sebenarnya tak suka tengok orang meniru. Kalau aku meniru takpe, orang meniru takleh! Hahaha. Okay, tu je nak cakap. Sempena exam ni kan. Dah la, byebye!