Little Midget

Korang ada adik perempuan?

Um aku ada satu. Nama dia _____. Takleh cakap nama dia dekat sini sebab dia ada dekat sebelah ni. Nanti mesti dia macam: “Eh, tu nama aku! Kau buat apa nak nama aku?” ataupun, “Kenapa ada nama aku? Sibuk ah kau ni!” dan blah blah blah.

Orang selalu cakap, kalau nak dibandingkan dia dengan aku, aku jauh lebih pendiam daripada dia. Walaupun umur dia baru 6 tahun, tapi sebenarnya gaya dan tatabahasa dia lebih sama seperti orang berusia 50 tahun. Takpun 52 tahun. Lebih kurang lah. Dia sekolah dekat Tadika Agama Ar Rasyidin. Tapi sebenarnya sekolah tu dah macam sekolah bapak dia. Sesuka hati dia je, nak pergi ke tak nak. Setiap kali aku balik dari sekolah, abah mesti report yang dia tak pergi sekolah harini. Aku kan macam ‘garang’ konon-konon, bila aku tengok dia dan tanya, kenapa kau tak pergi sekolah? Mula la tersengih tengok aku balik sambil cakap “Aku malas la....” -.-

Dan seperti kebiasaannya, adik perempuan mesti manja dan mengada-ngada. Adik aku pun sama kadang-kadang. Walaupun kadang-kadang abang dia yang darjah 3 tu lebih manja daripada dia, still... dia pegang title ‘Budak Gedik’ yang dianugerahkan kepada dia dari aku dan abang aku sejak umur dia 2 tahun lagi.

Dan disebabkan dia anak yang bongsu, semua benda mesti dia yang last kan. Nama ikut adik-beradik pun dia yang last dan semuanya last. Itu pun dia selalu pertikaikan. “Kenapa farha yang last?!” Eh, alamak. Dah terbocor nama dia, haha.

Dan dia ni ada rutin yang pasti dilakukan tiap petang, iaitu: Tunggu pakcik aiskrim wall’s dan menikmatinya sambil menonton katun. Kadang-kadang duit simpanan aku habis sebab nak puaskan hati dia. Kalau tak, dia mesti menangis tak henti dan bila mak balik, dia mesti report yang aku tak kasi beli aiskrim (dengan harapan mak akan marah aku tapi sebenarnya dia yang kena marah balik).

Dia jugak merupakan kawan gaduh aku dekat rumah. Selain daripada abang aku yang annoying, ataupun adik lelaki aku yang suka melawan. Tapi dia kalau dah geng dengan abang aku, memang dah tak pandang dah aku ni. Ye la, abang aku ada duit. Boleh belikan dia aiskrim. Aku apa ada?

Akhir sekali yang aku paling tak boleh blah dengan dia, dia suka kentut takde bunyi ataupun lebih dikenali sebagai ‘silent killer’. Bila orang marah, jawapannya “Anginlah....” Banyak ah kau!

Ps: Zulina Farha, aku saja je nak cerita pasal kau. Takde apa yang special hehe.