Great Weekend

Okay, macam mana eh nak start? Eh lupa, Assalammualaikum :)
Harini keluar berjalan sebenarnya tak dirancang. Kay, semalam mak tetiba tanya nak pergi tengok wayang tak esok. Time tu pun dah around 11 pm. Eh, dirancang ke namanya tu? Oh rancang, tapi last minit haha. Ye ye je survey dekat TGV sebab nak tengok dekat Wangsa Walk. Memang pilihan terbaik, dekat, besar & macam macam ada!
Pagi tadi, pukul 11am dah bertolak. Lambat takut ramai lak en. Haha guess what, kitorang tengok cerita Yogi Bear. Let's comment. Cerita dia memang best ah, haha. Comel, romantik, mengharukan. Apa lagi? Ha lawak, tu paling penting xD Nak sinopsis sekali? K, tengok lah sendiri. Rm 9 sahaja hehe. Kitorang sampai WW pukul 11, tapi wayang start pukul 2. Cane tu? Hm pergi la makan dulu. Lapar, kebulur semua ada. Haha.
Here's my breakfast. Lazat en? Hm rasa mcm nak pergi lagi je Sweet Bowl. Hehe & bought myself a shoe! Actually abah yang kasi duit. Tu pun lepas aku merayu bagai nak rak. K, tipu. Sbnrnya sebab kasut lama aku tu dah usang. Dapat la kasut baru. Pakai terus sbab mak cakap "Aku tanak tengok dah kau pakai kasut tu, sedih aku tengok" K, sadis. Hahaha.
Lepas wayang, balik. Then jumpa Hannah Agong! Lamanyaaaaaaa tak jumpa. Hm byee!

New Nerd In Town

Assalamualaikum. Hai, hey J

Ehem, see I’ve gotta new spec! Hm untuk pengetahuan semua spec lama saya tertinggal dalam panggung masa saya tengok cerita Khurafat haritu. Lama jugak lah saya merabun, ni baru dapat buat yang baru. Whoa clear betul. Baru nampak segala jerawat, jeragat , dan macam macam lagi yang ada dekat muka orang. Hahaha kurang ajar tak. Haih, tak patut.

Hm bagi yang pernah tengok spec lama saya, memang takde beza langsung pun sebenarnya. Haha over lebih je nak tayang tayang. Eh pesal? Blog aku sukahati aku lah. Haha -.-‘ Tadi pergi Pustaka Rakyat dekat Sri Gombak Prima tu. First time masuk. Perh memang besar punya la kedai tu. Macam macam ada! Haha cakap je nak apa, semua ada. Rambang mata jugaklah kan. Haha over, padahal kedai buku je kot -.-

Okay ni nak masuk bab sedih. Lusa dah sekolah weh. Tak nak tak nak! x( Alaaa lepas ni;

Kena bangun awal pagi

Kena buat kerja rumah bertimbun

Kena segala macam kena lagi lah. Hm tak nak :(

Tapi takpe! Dapat ilmu. Azam saya nak strike betul betul ujian Mac ni. Lantaklah orang nak kata apa, awal lagi ke, apa ke. Sukahati aku lah kan. Hm malam ni kena siapkan homework lah nampak gayanya. Dah seminggu rehat lelebih pulak kan. Hahaha semoga budak budak kelas 4F dah siap semua homework. Byeeeeeee

Be Mine Forever

Hi guys. Eh, Assalammualaikum.

Alasan utama saya tulis entry ni sebab ada la budak tu complaint kan nama dia kan 10% je dekat dalam blog ni. Haha Adi Asyraf, memang la pasal awak 10% je dalam blog ni. Sebab lagi 90% tu dekat dalam hati saya. Hehe. Ehem terover pulak.

Btw, Happy Chinese New Year. Gong xi fa cai. Limau berkotak dekat rumah ni 2 hari lepas, tapi semua dah masuk dalam perut. Hihi sedaap. Klah bye, nak pergi tengok abah main badminton dengan Fareez dekat padang haha J

Keep Calm

Guys, enough is enough kay. Setiap bulan kalau tak gaduh tak sah. Ni siap main delete delete lagi. Apa makna semua ni? Eh, over pulak -.-

Haih stop being childish and be mature. Thats all I can say. Byexx

Welcome

I’ve gotta new phoneeeeeee. Its not much. But its new. That’s matter :-)

(Exactly the same)

Kenapa? Kenapaaaa -.-

Belum pun baik dari batuk & selsema. Sekarang dah tambah penyakit baru. Ya Allah, bantulah hambaMu ini, sembuhkanlah aku seperti biasa. Amin.

Entah kenapa kepala dan gigi belah kanan sakit. Sakit sangat & ada masa masa dia. Tolonglah tolong, saya taknak ponteng sekolah lagi. Tak nak pergi klinik or hospital lagi. Nak sihat. Nak rasa selesa setiap masa. Haih tambah pulak nyirap dengan budak psycho ni. Pagi pagi lagi dah buat aku panas. Guys, doakan aku sembuh. Love you