Sick of Being Sick

Haaai. Saya ada masalah sekarang ni. Masalah saya adalah :

“Asal pagi je demam, asal demam je pagi”

Kenapa eh? Dah tak larat lagi dah, sok sek sok sek 24/7. Ubat pun dah habis, nak pergi hospital tak nak ah, takut kena check darah. Eeeii tak suka. Kalau doctor hensem je aku nak ambik darah. Hahahaha -.- Dah dah, sedar sikit awak tu sakit. Ada hati lagi, haih. Batuk pun sama. Kadang kadang nak lengkapkan satu ayat pun ambil masa 20 minit. Padahal nak cakap benda sikit je -.- :

“Mak, (uhuk uhuk) bila nak (uhuk uhuk) buat (uhuk) spec? (uhuk uhuk)”

Orang yang nak dengar tu pun penat. Haih kesian kesian. Apapun, doakan saya sembuh secepat mungkin. Hm nak masuk 3 minggu dah ni batuk & selsema. Haih adi, i miss you Sempat lagi kan -.-

Jenab

Saya kehilangan arnab saya. Namanya Jenab. Dia memang comel. Gila. Nak. Mati. Um dekat mata dia ada celak, and that’s make her special.

Tragedi bermula apabila Fareez lepaskan dia dari sangkar. Nak bagi dia lari lari dekat rumput, comel sangat. Tiba-tiba dia pergi lari ke rumah sebelah. Time tu saya tengah tengok TV.

F : Farra! Jenab lari rumah sebelah.

S : Pergi la ambik dia, masuk je rumah orang tu.

Selepas beberapa saat…

F : Farra! Jenab kena serang dengan kucing! FARRRAAAA!

Saya pun terkedek-kedek la lari ke luar. Tengok tengok Jenab dah terjatuh dalam longkang. Longkang tu taklah dalam, tapi dia kan kecik. Kesian weh, sumpah. Time tu dia tercungap cungap lagi. Saya suruh adik saya masuk dalam longkang tu ambik dia. Abang saya pun keluar.

Saya pegang dia letak tepi longkang tu. Tiba-tiba, she died. Dia tak gerak langsung dah. Sedih :’(

Lepastu, Tmek si kucing saya pun dating dekat dia, time tu kitorang dah nak bungkus dia dah, nak tanam. Tmek datang and dekat dekat dengan Jenab. Terharu sangat, menangis jugaklah kitorang, lagi lagi time nak tanam. Sumpah sedih weh :’( May you rest in peace, Jenab.

Unstoppable Virus

Okay guys, attention please. I would like to announce that I am now suffering from a real-bad-cough-and-flu disease. I had it since last week. And nothing’s changed. Everything is still the same -.- It’s okay, just wait and see.

Today is Diba’s birthday. 30th January. Happy birthday baby, I lafiu. Today I went to Kasturi, macam biasa lah nak try tuition free :D I miss having good days in Kasturi T.T After I finished my class, account and science, we then went to Mcdonald’s in Masjid Jamek. Tak enjoy sangat sebab batuk and bersin mcm apa je -.- Hujan pulak tu, aduhai -.- Sekarang rasa mcm nak demam dah ha. I’m sorry Adi, I can’t make it to your place. Teruk sangat sampai jalan pun tak larat :’(

After that, we went to Diba’s house. Apa lagi, tradisi tepung-menepung pun bermula. Hahaha. Memang best sebab aku tak kena pape pun. Aku lari sikit punya jauh dari dorang :D Batuk weh, kena tepung lagi mana tahan en. Hahaha seronokkkkk :P Sorry diba, kenangan kenangan. Haha toodles

Pranked

Hi peeps.

Tak ada apa yang special entry kali ni. Cuma nak cerita pasal dajal yang telah dilakukan Shira dgn Mira. Hahahaha -.-

Semalam, time hm math kot. Lepas waktu maths, entah kenapa mata ni mengantuk gila. Memang tak tahan ah. Lepastu cikgu keluar, second period cikgu masuk lambat. Apa lagi, memang peluang keemasan ah untuk aku melelapkan mata :D

Dah lelap tu, uish memang heaven gila lah. Tetiba dengar something :

“Weh, dia tak perasan ke?” (Shira gelak)

“Hahaha dia sejuk eh, baik kau kan selimutkan dia.”

“Sumpah tidur mati.”

Aku pun dengan curious and rasa tak sedap hatinya bukak ah mata. Tengok tengok aku dah diselubungi kain purple buat tampal dekat depan kelas tu. Semua orang gelak. Malu weh. Satu badan aku dia selimutkan. Mana nak letak muka? Hahaha mekasih Shira & Mira!

Ha Ha Happy!

Seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Nampak tak, keseronokan saya? Muahahahahahaha X)

Entry Khas 2011

Assalammualaikum, haaaai. Firstly, sorry sangat sebab lama dah tak update blog -.- Maaflah, nak update pun nak tulis pasal apa, kan kan. Hm dah lambat ke nak wish Happy New Year? Lambat ea? Okay, sukahati aku la blog aku kan. Haha happy new year guys. Semoga tahun ni lagi better dari tahun lepas :-) And lagi satu nak wish congrats dekat budak-budak batch yang dapat masuk sekolah sbp and mrsm. Tahniah tahniah tahniah. Oh lupa, teknik pun sama. Hahaha. Cerita pertama, disebabkan sekolah aku ramai india so wujudlah cuti Thaipusam selama dua hari. Rabu & Khamis. Hari rabu takde pape, tapi hari khamis kita pergi jejalan makan angin. Mari-mari. First destination, Wangsa Walk. Sampai sampai memang takde orang, kedai baru nak bukak. Pukul 10 pagi nak ada orang mende kan. Haha jom tengok cerita KHURAFAT. Okay mari comment. Cerita ni memang horror habis ah, seram jugak. Paling seram kan, part... eh tanak lah cerita. Tengok sendiri. Tapi ending memang sedih beb. Menangis aku, haha tapi bila keluar wayang kena cover sikit, tarik hingus pun slow je takut orang dengar, hahaha. Papepun memang best. Syamsul nampak macho dalam cerita tu hikhik. Lepastu mari pergi Muzium Negara. Memula pergi Pameran Setem Satu Dunia. Memang best, tapi tak best bila mood mak berubah sebab ada sekumpulan rombongan jakun buat bising dalam tu. Haih korang ni. Ingat, berdisiplin bila dalam muzium. Marilah tengok gambar. Hihi.
Nampak tak, 1 Dunia. Fareez & Farha bersama basikal tentera jepun, comel basikal tu Kawan kawan awak.
Okay then balik, gi makan dekat %^#&*, kena food poisoning soon after. Thanks a lot for making me suffer. Nightttt

GUYS

Maaf kerana lama ditinggalkan, buat masa ni saya teramatlah sibuk dengan sekolah. Selamat tahun baru. Peace and hugs, Zulina.