Meniru? Semua orang pernah.

Kan, kan? Betul tak. Siapa yang tak pernah meniru tu, one word untuk dia. HEBAT.

Semalam masa lepak dengan Kak Anise, Hannah semua kitorang cerita pasal meniru. Ha, macam macam gaya ada. Ada yang sorok nota bawah meja, ala tu dah biasa dah, ada yang tulis nota dekat tangan, ada yang bawak handphone dan tanya siapa siapa back-up dekat rumah dan macam-macam lagi.

Ni la yang nak bukak cerita ni.

Peniruan pertama yang pernah aku lakukan ialah masa darjah 3. Diulang, darjah 3! Muda tak muda lah kan, dah pandai meniru. Ni kalau mak aku tau ni gerenti kecewa. Haha :D Time tu periksa maths (patutlah aku tak terer maths sampai sekarang), aku dengan kawan aku bawak kalkulator. Advance tak. Haha, tapi kalkulator bukan yang saintifik, tapi yang orang buat kira-kira dekat kedai tu. Kalkulator yang besar tu, tapi kitorang punya kecik. Siap boleh main pass-pass lagi. Tapi, markah... hampeh macam tu jugak.

Banyak kali sebenarnya aku meniru. Time form 1 siap tukar-tukar kertas lagi, dengan siapa aku tak ingat la. Tapi Alhamdulillah, tahun ni tak pernah meniru lagi. Setakat tanya-tanya tu normallah. Eh, orang bertanya bukan sebab meniru, tapi sebab curious. Haha. Satu je pesan, untuk elakkan orang meniru korang ataupun korang meniru orang, belajar la. Kalau taknak ditiru, buat-buat pekak je kalau kawan panggil.

Aku sebenarnya tak suka tengok orang meniru. Kalau aku meniru takpe, orang meniru takleh! Hahaha. Okay, tu je nak cakap. Sempena exam ni kan. Dah la, byebye!

Talk shit, get hit.

Hullo peeps.

I bet all the form 4 students are busy studying sejarah right now and some of them maybe panic, just like me. Though I already read the whole chapters but still I am scared. It’s because I don’t know what type of questions, as this is my first ‘full history exam.’ Anyways, wish me luck ok people. I really hope I can get better marks for this midterm.

History mode, transform~

Rewards

Dulu kan, masa kecik, kalau dapat keputusan bagus dalam peperiksaan je mesti dapat hadiah, betul tak? Aku ingat lagi, paling best aku pernah dapat patung barbie. Ala, time tu darjah berapa. Dapat barbie pun dah kira happy. Tak macam budak-budak sekarang, darjah 3 dapat nombor 1, mintak handphone -.-‘

Baru baru ni, masa ujian Mac, aku dapat nombor 3, aku mintak dekat mak... oh tak mintak pape pun. Haha. Sekarang ni, peperiksaan pertengahan tahun, aku nak la jugak something kan, hehe. So ni perbualan aku dengan mak and abah semalam masa dekat thaqwa.

Aku: Abah, kalau periksa ni dapat top 10, nak keyboard, boleh?

Mak: Kalau mak jadi kau, baik mak mintak laptop. Harga dia lebih kurang je.

Abah: (angguk)

Aku: Yeke, keyboard murah lagi la. Ok, kalau macam tu nak laptop!

Mak: Tunggu SPM. Tengok macam kakak Anise tu, masuk je U terus bapak dia belikan laptop. Kau, kalau kau masuk U, mak bukan setakat beli laptop je, mak belikan smart phone, ha apa lagi...

Abah: ... public phone.

Mak: ... ha, public phone. Kau cakap je apa, semua mak beli.

Aku pun dah senyum sensorang dah bayangkan semua tu. Ish, best best. Tapi nak ni jugak as hadiah periksa pertengahan tahun. Hahaha, ni ha!

Tak pun....

Amboi, tinggi cita-cita ye. Belajar liat!

Tau tak?

Tau tak yang saya nak balik ke 2007,

Sebab saya nak lepak lagi dengan Erina, Adlina, Syepa, Ayin, Hannah jangan cerita la, haha dan semua semua geng darjah 6. Rindu sangat-sangat. Walaupun selalu buat jahat and kena sound dengan cikgu, saya tetap rindu. Rindu suasana time PJ dekat padang, rindu time perhimpunan, time belajar, time UPSR, lepas UPSR. Ya Allah, rindunya.

Tau tak yang saya jugak nak balik pada 2008,

Masa first time masuk sekolah menengah, saya nak balik rasa keterujaan masuk sekolah menengah, ada crush dengan budak form 2 time tu, dan lepak dengan kawan kawan macam Haziq, Akmal, Arif, Nana, Diba, Mira, Shira. Lagi-lagi time satu kelas dengan Nisa, Atul, Nad, Tando, Nabila. Tapi time tu kita tak rapat sangat kan. Belajar dengan cikgu Azmaton, dan cikgu-cikgu lain. Ya Allah, rindunya.

Tau tak yang saya nak balik ke 2009,

Masa satu kelas dengan Nisa, Tando, Atul, satu kelas belajar dengan cikgu Shahrul, yang selalu kena kecam dengan kitorang, haha. Masa sama-sama fail time periksa, masa gaduh dengan budak india dekat belakang kelas, betapa racistnya aku dulu, waktu rehat sama-sama dengan Mira, Diba, Shira, masa dah berkawan dengan Sarah. Yang paling saya ingat sampai sekarang ialah masa jamuan kelas, betapa havocnya budak-budak form 2 dulu. Ya Allah, rindunya.

Tau tak yang saya nak balik ke 2010,

Masa satu kelas dengan Nisa, Tando, Atul, Iman, Nabila, Icap, Azirah, dan lain-lain. Masa lepak sama-sama belakang kelas sambil tangkap-tangkap gambar. Lepak dengan Aisyah Shahrom, Sarah, Noni, Jima dekat kelas 3B, masa PJ sama-sama dengan kelas 3B. Dan masa belajar dengan cikgu-cikgu. Lepas tu masa jamuan kelas, masa mengumpat, masa gelak ketawa dengan classmates. Paling rindu lepas PMR, time senamrobik, lawatan ke Klcc, masa ada Aishah Diba dekat Semerbak, masa bercintan-cintun, haha. Ya Allah, rindunya.

Kalau boleh, saya nak ulang balik masa. Manfaatkan masa yang ada pada tahun-tahun dekat atas ni, sebab saya tak pernah tahu atau sangka yang saya akan merindui tahun 2007-2010. Kalau saya tau, mesti saya akan manfaatkan semua ni. Saya nak belajar balik betul-betul masa PMR, sebab sekarang saya menyesal tak belajar time PMR. Saya punya rindu tak boleh terkata, cuma dengan menulis dalam blog je boleh gambarkan.

Saya rindu nak satu kelas dengan Nisa, Tando, Atul, Iman, Azirah. Saya rindu nak rehat dengan Diba, Nana. Saya rindu nak pergi Klcc dengan geng senamrobik dan macam-macam lagi :)

Be curious, not judgmental.

Hello people. Assalammualaikum.

As you can see, I am now having a new section in my blog, which is called “Facts of the Week.” I will put it on my sidebar, so you can click whenever you need to know new facts. And yeah, the facts only will be update every Fridays. No other day.

Today I had PAI exam, paper 1 was troublesome. Paper 2 wasn’t that bad, hehe. Tomorrow is weekend holiday. Yeay! Fun! Fun! Fun! But after that I have another 4 paper, which is history, science, arts, accounts and perdagangan. Wish me luck, xo!

Facts of the week (Part 2)

-The world’s youngest parents were 8 and 9 and lived in China in 1910.

-53% of women will not leave the house without make-up on.

-About 33% of the population cannot snap their fingers (that includes me, wow)

-Beetles taste like apple, wasps like pine nuts, and worms like fried bacon.

-You’re born with 300 bones, but by the time you become an adult, you only have 206.

-A giraffe’s tongue is 21 inches.